Friday, December 18, 2009

Selepas 40 hari

Semalam parents aku balik from Haji. Flight patut sampai kul 5:30pm. So aku pon pakat la dengan adik2 aku sekali dengan wifey & kids nak pegi jemput derang. Gerak from KJ kul 4:45pm naik 2 keter, BMW dengan Merc sebab expect derang bawak balik banyak barang, biasala kan baik from Mekah mesti beg beranak punya dekat sana.

Adik aku bawak BMW dan somehow lepas tol Subang tu die kat depan dan dia terus la memandu cam biasa, masing2 tahu jalan nak pegi KLIA. Jalan jam jugak, ramai nak balik awal nak tengok Malaysia lawan Vietnam final Sukan Sea kot. Tak lama lepas tol Subang tu adik aku call, cakap tayar pancit. Bila aku sampai kat tempat kejadian, nampak adik laki2 aku dah start keluarkan tayar spare dari boot belakang.

Maka bermula lah seisi membuka tayar depan yang pancit tu. Mak aih punya la ketat nut ni! Daripada 5 nut, 2 tak dapat bukak. Masa tu dah pukul 5:30pm. Demi nak berjumpa dengan ibubapa tercinta, aku pon cuba jugak la nak pulas nut tu keluar. Berkat latihan tekan tubi 100 kali sehari (13 tahun lepas) terbukak jugak la nut yang ke-empat. Tangan aku dah mula melecet... nut yang ke-5 dan penghabisan masih takleh bukak. Punya la kuat aku pulas, sampai haus gigi nut tu. Spanar size 17 tu dah takde grip. Masa tu dah pukul 6pm. Aku dah tade pilihan lain, kena la call workshop. Sementara tu aku suruh adik pompuan aku, wifey dan budak2 proceed pegi KLIA naik Merc.

Aku call workshop yang selalu servis keter BMW bapak aku tu. Dia cakap dia pon tak boleh buat apa kalau nut tu dah haus. Kena tow la balik workshop. Dia arrange tow truck, kena bayar RM180. Aku pon cakap OK la, nak buat macam mana. Kalau aku kuat macam Edward the Vampire tu lain la cerita, boleh aku pulas nut tu pakai tangan je. Tak pon aku angkat je kereta tu bawak balik rumah, lepas tu terbang pegi KLIA jemput parents aku.

Tow truck pulak daripada Seri Kembangan, nak datang Elite highway dekat area Shah Alam punya exit tu. Dalam pukul 7pm baru dia sampai. Lepas tu nak kena harung jam lagi dari situ nak keluar exit Subang. Sampai workshop tu pukul 8pm. 1st thing aku buat ialah maki wokshop tu dulu, sebab dia yang selalu servis kereta tu. Aku cakap, "Kalau u ikat itu nut pakai machine, bantai banyak kuat, lepas tu saya mau bukak pakai tangan... mati laaaa". Aku bengang bukan sebab apa. Dulu dah jadi sekali, dekat Ipoh. Sama jugak kes, nut tu workshop biasa la pakai machine nak pasang. Bila kita tersadai tepi jalan, mampos nak bukak. Kat Ipoh tu siap PLUS Ronda datang tolong pakai segala2 alat yang depa ada. Tukul la apa la....

Sebab dah lewat, aku tinggal je la keter tu kat workshop. Aku pon belum semayang maghrib, nak baca doa awal tahun lagi. Sampai je rumah KJ, parents aku dah start bukak2 beg dah bawak keluar souvenir yang derang beli kat sana....

Selamat Tahun Baru Hijrah .... hadiah akhir tahun aku la tu tersadai tepi jalan :)

1 comment:

sme said...

apa nak buat. ada la tu hikmah dia.

Related Posts with Thumbnails