Thursday, September 10, 2009

Happy 11th month birthday Wildan

Anak manja ayah ni dah sebelas bulan dah! Cakap sepatah pon belum lagi, kakak dia by this time dah "nak", "tanak","ibu","opah" dah. Tapi dah mula nak berjalan. Ada la 5-6 langkah kadang-kadang. Beza adik dengan kakak ni.. adik ni amat la peramah. Suka gelak, senang senyum, pandai pandang kamera dan dah pandai imitate cakap telefon. Kakak dia dulu nak suruh senyum punya la payah... gelak apatah lagi!


Tapi cik kakak sekarang ni dah pandai senyum dan buat2 muka dan berbagai lagi. Dah tiga tahun setengah dah umur. Dah pandai tengok kartun, tak dengar cakap ayah dan ibu. Kalau tengok tv tu.. jangan harap la nak dengar kalau orang panggil.


Kakak ni sayang kat adik dia. Tapi ada la jugak jeles dia tu. Ye la.. kakak dah pandai sangat, ayah dengan ibu kene concentrate kat adik lebih sikit. Kakak tu cucu kesayangan opah, tuk, nenek. Kalau balik kampung aik memang jeles la dengan kakak dia. Kakak pon lagi la naik mengade-ngade kan? Biasa la tu... nak besar.

Bulan depan adik satu tahun! Nak buat birthday party ke? Ayah dah sengkek ni ....

2 comments:

headsteadi said...

hensem si wildan ni yer. kakak dia dah besor panjang. pejam celik pejam celik, dah masuk tadika. how's her face? fully recovered?

rumet said...

fully recovered or not im not sure... but if you didn't know she had it.. you wouldn't notice lah :)

Related Posts with Thumbnails