Wednesday, November 05, 2008

Pantang Bayi : Tuam

Jangan ingat hanya Ibu sahaja yang berpantang sepanjang 44 hari berada di "rumah pantangan". Jika mengikut adat resam Melayu asli, bayi juga akan berpantang sama. Jika Ibu tidak boleh keluar rumah selama 44 hari, maka bayi juga dilarang keluar.

Salah satu amalan untuk bayi berpantang ialah tuam. Saya tidak pasti sama ada masyarakat Melayu zaman sekarang masih lagi mengamalkan tradisi ini atau tidak, tetapi bagi Arianna dan Wildan perkara ini diselitkan sebagai salah satu proses tumbesaran mereka.

Amalan tuam ini akan dilakukan setelah tali pusat bayi tersebut jatuh. Menurut kata orang-orang tua (ahli nujum tak bertauliah) ada maksud di sebalik kejatuhan tali pusat bayi tersebut. Maksud yang paling tersebar luas dikalangan masyarakat Melayu ialah, jika tali pusat tersbut jatuh ketika bayi sedang mandi dan terjatuh di dalam air mandian, maka dikhuatiri bayi tersebut akan mati lemas satu hari nanti.

Oleh kerana saya mengharapkan blog ini akan berkekalan sehingga seratus atau 200 tahun akan datang, maka saya ingin mencipta beberapa mitos tentang kejatuhan tali pusat ini. Jika tali pusat jatuh dalam toilet bowl... maka bayi akan sentiasa terkincit tak sempat sampai ke toilet bila nak buang air besar, jika tali pusat jatuh atas lantai.. bergantung pula pada jenis lantai tersebut. Jika parquet.. lain maksudnya, jika lamintaed flooring lain dan jika lantai simen... lain. Cukup lah merepek.

Jika kita lihat gambar di bawah, Wildan sedang dituam oleh neneknya. Tujuan tuam sebenarnya untuk memanaskan badan bayi selepas mandi. Cuma bezanya tuam bayi dengan tuam orang besar yang nak mengelakkan kepala benjol ialah medium tuam yang digunakan. Jika kita hendak tuam orang dewasa, kita hanya gunakan sekeping tuala kecil dan tiup menggunakan hembusan nafas yang panas atau letakkan kain tersebut di cerek air panas. Istimewanya tuam bayi ini, mediumnya ialah sebiji bantal kecil dimana kain kapas dijahit dibuat bantal dan diisi dengan halba. Amalan keluarga saya pula, tali pusat yang jatuh tadi diletakkan di dalam bantal tersebut juga. Apakah hikmah disebalik amalam tersebut? Wallahualam. Dengar cakap "orang tua-tua". Tetapi dari aspek kemanusiaan, daripada buang tali pusat tersebut dalam tong sampah, baik letak dalam bantal tersebut dan tuam tuan punya badan.


Pada zaman dahulu kala dimana seterika masih tidak wujud, bantal tuam tersebut akan dipanaskan dengan bara arang. Ada juga "orang tua-tua" yang memasukkan sedikit kemenyan kepada bara arang tersebut. Nak membiasakan bayi tersebut jumpa bomoh kot. Tetapi di zaman sekarang, mana ada orang rajin nak bakar arang 2 kali sehari nak tuam bayi yang prosesnya mengambil masa tak sampai 5 minit. Nak bakar arang lagi lama.

Maka gambar di bawah menunjukkan suasana sebenar bagaimana amalan tuam ini dilakukan. Bayi selepas mandi sudah pastinya dengan keadaan bogel (ini kalau search google "bayi bogel" sure sampai kat blog aku), akan dipangku di atas riba mak bidan a.k.a nenek. Seterika yang sedang panas di sebelah. Lebih afdhal jika ada seterika yang non-stick. Steam iron tidak mandatori.

Mengapa nenek Wildan memakai topeng jururawat? Adakan Wildan terlalu busuk walupun baru lepas mandi? Adakah Nenek camera shy? Adakah Nenek tidak sihat dan tidak mahu Wildan berjangkit? Atau adakah ini salah satu daripada amalan "orang tua-tua" yang kita orang "muda-muda" tidak akan faham? Cuba teka!


Kedua gambar di atas di rakamkan pada 26 Oktober 2008. Gambar-gambar di bawah pula di ambil pada 1 November 2008. Bagaimana saudara? Adakah Wildan nampak besar sedikit?







Amalan tuam ini amat bagus diamalkan 2 kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan petang. Hikmah disebaliknya ialah badan bayi akan sentiasa panas. Proses tuam ini akan memanaskan otot dan sendi bayi dengan cara yang lembut dan ini akan menggalakkan tumbesaran bayi.

Biasalah masyarakat Melayu tidak akan lari dari persepsi angin masuk ikut kulit. Angin masuk dari tapak kaki, dari pusat, tapak tangan dan sebagainya. Maka amalan tuam ini akan membantu untuk mengurangkan peluang angin untuk menembusi liang-liang kulit dan masuk ke dalam badan bayi.

Ada beberapa lagi pantang bayi yang kami amalkan untuk Wildan dan juga Arianna. InsyaAllah saya akan kupaskan satu persatu di posting yang akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

hi..wildan .. so cute
but wondering y ur nenek pakai mask yer???ada apa2 petua or secret to share??

:) ibu muda

ephol said...

ada satu lagi petua tentang tali pusat nih...

petua dia ialah, dalam kes ko, tali pusat wildan tu disimpan sekali bersama-sama tali pusat kakak dia, Arianna... Kata org-prg tua, ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan adik beradik nih... kira nnt dorang berdua ni rapat la... so, kiranya ditakdirkan ko dapat anak no 3, simpan sekali tali pusat dia bersama tali pusat ang dia dan kakak dia...

Sekian, trima sarkis...

Anonymous said...

patutla dulu rumet duduk meja kat qz

merapatkan tali network cable kot

rumet said...

nenek wildan pakai mask sebab die batuk. takut jangkit.

tali pusat arianna ade lagi.. nanti wildan dah abes pantang aku combine kan.

aku duk meja dekat qz :) kak shima mmg merestui hubungan kami. hehe

nurulqz said...

ephol,


aku ade dgr lagi scarynye petua... i hope nobody practise this... amik tali pusat baby , buh dlm air , then bagi adik beradik minum... hahahaha .. gile disgusting and x hygenic.. reason samelaa... nak bagi baik adik beradik...

btw.. big love aku mane? dah habes pantang jgn harap laa ade chan nak tgk..

Related Posts with Thumbnails