Sunday, February 12, 2006

Cubaan untuk menguji Google Ads



Assalamualaikum,

Setelah sekian lama saya tidak mengemaskini blog ini, ingin saya ambil kesempatan berharga ini untuk menguji sistem Google Ads yang telah saya ceburi semenjak 19 November 2005.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sehingga hari ini saya berjaya mengumpul sebanyak USD21.00 dengan program ini. Ini adalah hasil daripada jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. (Walaupun saya yakin hampir USD20 diperolehi melalui saya sendiri yang klik ke iklan Google tersebut).

Ujian yang cuba saya ketengahkan ialah ujian bahasa. Semenjak saya daftarkan diri untuk menggunakan program GoogleAds ini, saya telah mengemaskini blog ini dengan bahasa inggeris. Kali ini saya kemaskini blog ini dengan bahasa melayu. Apa akan jadi? Adakah iklan berbahasa melayu akan terpapar di atas? Adakah akaun Google Ads saya akan digantung kerana saya daftarkan blog ini dalam bahasa inggeris sebelum ini? Mari kita saksikan..

5 comments:

julie said...

rumet.. aku baru usd5++.. maybe sbb tak bersungguh2 sgt buat plus tak sempat.. update blog pon malas.. hehe.. penah gak tgk ada iklan melayu.. tatau camne diorang buat.. so far melayu nye iklan belum penah tapi malaysian nyer ada laa-tmnet streamyx..

Anonymous said...

Pernahkah anda terlihat sebuah perkelahian yang bagai sarang di tepi padang? bagaimanatah jika anda terduduk lantas menjalankan apa yang anda katakan hilang dipukul ombak di lautan? Apatah lagi sebentuk cincin suasa yang bertatahkan berlian DeFranza yang tekenal itu? Mencecah jutaan ringgit, cincin tersebut kemudiannya digadai di sebuah kedai pajak gadai milik si buta. Maka bermulalah satu episod curi-mencuri, rompak-merompak yang tersangat anggun jualah adanya, menggigit jiwa dan menggigit selipar. Terlalu cerdas buatmu, dan kerana itulah hingga tiba saat ini mereka tidak lagi bergelar sang pujangga nokturnal. Harus sahaja menggunakan Vespa tua untuk ke sana ke mari lancar tak terkesan dek kesesakan trafik.

Farul said...

your pic doesnt show. try use this link instead?

http://2.srv.fotopages.com/2/9402752/

ephol said...

"Iklan Layanan Masyarakat oleh Google"

kalo klik pon takde maknenyerrrrrrr...

Anonymous said...

wei, jgn klik iklan dlm laman web sendiri, nanti kena ban dgn google seumur hidup! sekarang dah banyak dpt collect guna adsense?

www.money20.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails